Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan

Pengenalan FSI

Sistem Penentuan Kawasan Berpotensi bagi Penangkapan Ikan (Potential Fishing Site Identification System, FSI) dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Perikanan (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi kawasan Perairan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi remote sensing, GIS dan teknologi berkaitan. Dengan adanya maklumat lokasi kedapatan ikan sebelum turun ke laut, nelayan boleh terus ke lokasi penangkapan ikan dan ini menjimatkan kos keseluruhan operasi (minyak dan masa) berbanding kaedah lazim. Melalui kaedah lazim nelayan terpaksa bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mencari kawasan yang tinggi kedapatan ikan. Ketepatan lokasi kedapatan ikan dan penjimatan kos keseluruhan operasi menyumbang kepada peningkatan pendapatan nelayan.